Pages

Monday, 20 June 2016

Kuat

Sesungguhnya janji Allah itu pasti. I know you're strong to handle this. Menangislah kawan sebab menangis itu sendiri menunjukkan yg kau itu kuat. Aku hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan ayahmu di sana. Al-fatihah.

Monday, 15 September 2014

Malaikat

Tuhanku , Kamu tolonglah,
Hantarkan kepadanya,
Malaikat tuk jaganya bila ku tiada,
Tunaikan semua permintaannya kerna,
Ku cintanya ,
Sungguh sungguh.

A few lyrics in Malaikat by Hazama. Aku rasa lagu ni comel and I just like it. Haha. Sweet laa lagu ni. Ok cukup. Haha.

The main thing is, everybody wants his or her loves one not getting hurt. Biasalah. Lumrah kehidupan. But , sometimes not all we want in this world, we will get. Isn't it ?

And kadang kadang, ada certain benda yang kita tahu tapi kita buad buad tak tahu. Yeahhh, that's words suits me. Ahah. Why ? Because right now, I just doesn't want to care about heart things. Ohh, people change. I'm afraid my heart will also change.

Even if I like you, I doesn't know what will happen for next two years and more. I will not know if my heart is still for you or not. So, just let it be like this. Let's go with the flow. Jodoh, pertemuan dan maut semua di tangan Allah. 

And kalau kau betul betul sayang aku, you'll wait for me right. And if not, just anggaplah yang kita takde jodoh. Be friends might be enough right ?

Aku ni memang suka cakap berbelit-belit kannn ? Hahaha. That's me. Ahah. And I'm proud of myself. Ok then. Tata.

Monday, 8 September 2014

Hurt is just a basic of life

Basmalah and Assalamualaikum. . .

Haiiii. Hari ni tiba tiba mood untuk menaip membuak buak. So, here it is. Haishh.

Minggu yang dipenuhi dengan test test test and test. Haissshhh. And tak habis dengan test lagi. Allah memang nak uji aku. Perasaan. Haihhh.

The heart things are complicated isn't it ? That's happened to me. Perasaan aku sejak dua menjak ni asyik terumbang ambing jee. Huhhh. Kejap rasa nak marah. Kejap rasa nak gelak gilaa sakan. Kejap rasa nak nangis. Ergghhhh. Aku boleh jadi gilaa macam ni.

Final lagi berape minggu je lagi. Aduiyai.

Dia cakap

'Kau bolehla qilah. Kau kan tough.'

Aku sedang cuba untuk jadi seorang yang tough. Aku ingat kau boleh tolong aku jadi orang yang kuat lagi kental. Tapi, kaulaa orang pertama yang patahkan semangat aku. Tahniahh wehhh. Seriously tahniahh. Kau dah berjaya lumatkan semuanyaa. Hancur berkecai sampai serpihan dia pun dah tak boleh nak cantum.

Sekarang aku sedar. Betapa ramainya orang yang dah terkena dengan kau. And one of your victims is me. Yeahh me. The little loser who had fallen into you.

Tahniahh wehh. What have you done to me, make me realize that you're such a JERK , BIG FAT LIAR with those sweet words of yours. Made me thought that I'm the stupid one who fall into your tra

Anyway,thanks for waking me up from my long sleep. From now on, I wouldn't be a sleeping beauty anymore. Who only accept everything without investigate it first. Thanks a lot.

Friday, 5 September 2014

Different life.

Basmalah and assalamualaikum.

Hye. First post after many months blog ni dibiarkann. Thanks to cik Siti Balqis kerana menyuruh saya mengupadate saya punya blog. Dia kate nak baca. Kau tak baca blog aku , siap kau bal. Haha.

So, sekarang sedang belajar di Uitm Pulau Pinang. Yeahh, Penang. Jauhkann ? Haha. Bak kata Dayah
'Kau memang suka berhijrah kan Qilah ?'

Yeahh , berhijrah. Berhijrah untuk menuntut ilmu. Berhijrah untuk mematangkan diri. Berhijrah untuk berubah menjadi.manusia yang lebih baik. To be a better person. In Shaa Allah.

Dekat sini jumpa ramai kawan. Yeahh, aku kat sini boleh jadi friendly you know. Haha.

Hurm. Tak tahu nak cakap ape dahh. Speechless. Ok laa tu je. Bye.

Monday, 12 May 2014

Saya LULUS ! ! !

Basmalah and Assalamualaikum . . .

Hari ni dah nak masuk 2 minggu secara rasminya aku berhenti kerja . Haishh . So, duduk rumah menaikkan badan lagilaa . Hahaha .


Macam ni boleh tak ? :P


 Oh , lupaa . Aku dah lepas test dengan JPJ . Alhamdulillah . 17 over 20 . Seriously , waktu test dekat bukit tu . Huish , takutnyaa . Allah je yang tahu . Bila dah lepas tu rase macam nak sujud syukur pulakkk . Haha . Dah la waktu kat atas bukit tu , kereta aku tu mati . Nasib baik tak undur ke belakang . Kalau tak . FAILED!

Bila test dekat road lagilaa . Sabar je aku dengan mulut JPJ ni . Rase macam nak sumbat dengan kasut je . Boleh membebel cakap aku tak angkat clash . Hey , cik abang JPJ ! Saya dah angkat tahu . Dah nak buad macam mane kalau clash tu memang kena angkat banyak baru jalan . Kaki saya ni bukanlaa panjang manee pun . ( ok . tiada kaitan  )

" Eh , angkatlaa clash tu . Ape yang susah sangat nak angkatnyee ? Ada batu ke kat kaki kau tu ?!"

'Haish , bilalaa nak sampai . Membebel je manusia ni ' (dalam hati je tau . tak berani den nak cakap kuat-kuat )

Nasib baiklaa lulus . Kalau tak . Haish , memang malas aku nak menghadap muka JPJ tu lagi . So , lepas ni . Memang kenalaa bawak kereta selalu . Kalau tak , hurm . Tak tahulaa nak cakap ape . Jadilaa macam akak aku yang dua orang tu . Kereta ada tapi tak nak bawak . Nak bawak kereta auto je . Ada lesen tapi macam takde lesen jee .

Aku baru buad lesen kereta je dulu . Motor , nantilaa dulu . Takde duit . Haha . Mane taknye . Duit gaji aku kerja for 2 months dah habis . Yelahh . Semua digunakan untuk membayar duit lesen you . Haish . Sabar ajelaa .






Wednesday, 30 April 2014

I Miss You

Basmalah and Assalamualaikum . . .

Entry kali ni hanyalah sekadar melepaskan rasa yang terbuku di hati .



 Switch on laptop . Bukak fb . Tiba-tiba tangan ni menggatal pulak nak bukak fb dia . Tak puas hati , bukak twitter dia pulak . Haish . Scroll atas , scroll bawah . Jeng jeng jeng . Baca satu post yang boleh membuatkan jiwa kacau . Without wasting my time , terus tekan butang merah sebelah kanan . Huish . Dah-dahla tu Qilah . Lupakan jela dia . Buat menambah semak di kepala je fikir pasal dia .

Huh ! Bila kerja ni , aku lupa nak fikir kat mane aku nak sambung belajar . Tak amik kisah langsung . Just fikir bila nak gaji . Haha . Orang lain dah sibuk masuk u . aku je ni duduk terkontang-kanting dekat rumah .



Abaikan kehodohan muka aku .


Bila takde keje , inilah jadinya .


Terserlahnya ketembaman pipiku .

Aku rindu kawan-kawan aku . I miss them a lot .
P/s : Gambar di atas tiada kaitan dengan entry . Tapi , sukahati akula nak letak ape pun . Blog aku kan . 
 Balqis , aku rindu nak dengar suara dia . 

Friday, 4 April 2014

Kanak-kanak Riang =p

Basmalah . . .

  


Hye ! Saya ada 4 batang gigi . Saya makan wedges . Awak nak ? Haha . 

This is my nephew . Nur Damia Hanis . Baru pandai berjalan dan suka cakap merapu . And sometimes makes one confused when you hear she talks . Biasela . Budak kecik . She's a girl but her behaviour is like a boy . Mak aihh . Lasak nooooo . Penat den nak mengejarnya . Lagi-lagi bila dah pandai jalan ni . Huish , kejap je dah sampai kat tangga . Orang baru dapat kaki , gitulaa jadinya . And dia sangat pantang tengok orang makan mesti mintak .

SITUATION 1 

Tengah khusyuk melantak kat dapur ni . Out of sudden . . .

' Nyakkk '
 Pandang tepi , budak kecik ni tengah nganga mulut . Alahai , tak sampai hati den . Den pun bagilaa sikit . Lepas tu bunyi lagi . Kalau lambat sikit pun bunyi jugak . Haish .




Kerana gigiku begitu berharga . . .


Ni pulak Muhamad Aqil Al-Hafiy .  Just call Hafiy . Aku memang selalu gaduh dengan budak kecik ni. Eventhough mak aku cakap aku dah besar and i should let it be . Haish , maaflaa . Budak kecik ke besar ke . Selamatlaa . Carila pasal dengan aku . Memang nahas . And budak kecik ni pandai revenge tau . His main victim is his Tok Ayah . Haha . 

SITUATION 1 

Tengah ayah aku syok-syok landing depan tv sambil tengok sinetronkat tv3 tuu . Hah , muncullaa budak kecik ni dari bilik umi dia datang kat tok ayah dia . Mula-mula dia gosok belakang tok ayah dia . Dah lame sikit . . .

'Arrrrrgggg'
'Aduhhhh , adik ! ! Kenape gigit tok ayah ? ! '
'Adik erammm . Adan ke tok ayah ' (versi pelatnya )


Budak-budak kecik nilaa yang selalu buat rumah jadi kecoh . Takde diaorang sunyi rumahh . Hurm . . .



p/s : hoy , cik umairah ! bila hang nak datang rumah ? Takkan nak tunggu aku kahwin kot . Haish . Aku pun rindu kau jugak :)